(Video Kantoi) Dah la 'Miming", Pegang Mikrofon Terbalik Pula



Beijing: Seorang penyanyi terkenal di China kantoi menggunakan teknik 'miming' semasa menyanyi ketika satu konsert yang disiarkan di televisyen.

'Miming' merupakan satu teknik dimana si penyanyi hanya menggerakan bibir semasa menyanyi dibantu dengan suara yang telah direkod sebelumnya.

Semuanya terbongkar apabila penyanyi tersebut, Sa Dingding, 32, memegang mikrofon secara terbalik.

Kejadian memalukan itu berlaku ketika penyanyi terbabit sedang mengakan persembahan pada Gala Festival Tanglung yang disiarkan oleh saluran CCTV 15.

Dingding memulakan persembahannya dengan tarian sebelum bintang pop itu menyedari dia sebenarnya sedang memegang mikrofon secara terbalik ketika menyanyi.

Selepas persembahan berakhir, Sa kemudian menulis kepada 1.6 juta pengikutnya di laman sosial dengan berkata "Lain kali saya akan perbaiki kemahiran berlakon".

0 komentar:

Post a Comment