Isteri Dedah Buka IG 'Stalk' Aliff Syukri


Shahida mendedahkan tujuan asal dia membuka akaun Instagram kerana ingin memantau suaminya, Aliff Syukri Kamarzaman.

ISTERI kepada usahawan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tidak menyangka laman sosial Instagram miliknya kini mempunyai sejuta pengikut.

Shahida mendedahkan sebab utama dia membuka Instagram adalah kerana ingin memantau aktiviti suaminya dan bukannya ingin mencari pengikut yang ramai.

"Terima kasih semua yang sudi 'follow' saya... dah satu juta pengikut rasa macam tak percaya sebab mula-mula buat Instagram ini nak 'stalk' @@aliffsyukriterlajaklaris je," tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff menerusi Instagramnya pula memberitahu dia sering memaksa isterinya itu untuk sentiasa mengemas kini profilnya dengan memuat naik gambar dan video.

Shahida membalas satu persatu komen diterimanya di Instagram.

Malah Aliff berkata, dia jumlah pengikut Shahida di Instagram telah menjadikannya seorang selebriti.

"Wow! Satu juta penyokong di Instagram isteri saya. @shahidadherbs tahniah... walaupun awak hanya buat untuk 'stalk' saya, jenuh paksa untuk kemas kini dengan memuat naik gambar dan video.

"Akhrinya awak ada satu juta pengikut... macam artis sangat," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut Shahida memberitahu sikap dan perwatakannya yang merendah diri membuatkan pengikut menyenanginya.

Bagi menghargai sokongan peminat, Shahida dilihat membalas satu persatu komen yang ditinggalkan pada postingnya berhubung Instagramnya kini mempunyai sejuta pengikut. - mstar

0 komentar:

Post a Comment