Bercuti memang seronok. Melihat keindahan ditempat yang jarang kita pergi adalah satu kepuasan buat diri. Tetapi harus diingat, dalam keseronokan bercuti, anda harus tahu budaya dan adab yang harus dijaga bila berada ditempat orang.
Lebih-lebih lagi bila bercuti di Jepun. Jepun sangat kaya dengan budaya mereka yang sangat unik. Masyarakat Jepun yang lemah lembut dan sopan menjadikan Jepun lebih istimewa dan menarik.
Jika anda merancang bercuti ke Jepun, anda perlu tahu serba sedikit budaya dan amalan harian mereka disana. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kita sebagai pelancong melakukan perkara yang kurang disenangi oleh orang Jepun.
Berikut adalah beberapa budaya manis yang perlu anda tahu sebelum anda bercuti di Jepun
1. Bercakap dengan perlahan
Ramai yang tahu bahawa masyarakat Jepun sangat 'polite'. Lihat sahaja cerita-cerita Jepun yang disiarkan di negara kita. Dari situ kita dapat tahu sedikit sebanyak bagaimana cara mereka bercakap.
Jika anda bercakap khasnya di tempat awam, jangan lupa untuk merendahkan suara anda. Ditakuti suara yang tinggi akan mengganggu privasi orang lain.
2. Bersin di tempat awam
Masyarakat Jepun terkenal dengan budaya menjaga kebersihan yang sangat tinggi. Bersin di khalayak ramai juga dianggap tidak sopan kerana dianggap sesuatu perbuatan yang kotor dan menjijikan. Jika terasa mahu bersin, cuba tahan atau bersin di tempat yang sedikit sunyi dan bukan di kawasan orang ramai. Saranan memakai topeng muka yang selalu digunakan oleh orang Jepun jika berasa kurang sihat.

3. Budaya menepati waktu
Ya! Memang diakui masyarakat di Jepun begitu mementingkan waktu. Lihat sahaja jadual perjalanan pengangkutan awam mereka, begitu menepati waktu. Jika anda terlewat sedikit sudah pasti anda akan tertinggal.
4. Membuang sampah
Bagi anda yang pernah datang ke Jepun, pasti anda perasan agak susah nak jumpa tong sampah di tempat awam. Walau bagaimanapun, keadaan sekeliling tetap bersihkan. Sebenarnya masyarakat di Jepun mengamalkan menyimpan sampah sendiri jika di kawasan itu tiada tong sampah dan akan dibuang bila balik di rumah atau di hotel. Mereka sangat berdisiplin kan? Tak dapat bayang kalau amalan ini diamalkan di negara kita.
5. Tunduk hormat
Masyarakat Jepun dan Korea sangat terkenal dengan budaya tunduk atau bow. Amalan bow ini digunakan ketika bertemu dengan individu lain sebagai tanda hormat dan menyapa dengan cara yang baik. Caranya amat mudah, hanya perlu tunduk sedikit kepala bersama badan dan orang yang kita jumpa itu akan buat perkara yang sama. Jangan terlampau tunduk ke bawah kerana ia kelihatan pelik.
6. Kemas meja selepas makan
Budaya mengemas meja dikedai-kedai atau restoran-restoran adalah 'rare' bagi kita rakyat Malaysia. Tetapi tidak bagi masyarakat Jepun. Di sini, amalan mengemas meja sendiri selepas makan menjadi kebiasaan mereka. Lebih lagi di restoran makanan segera. Jadi, jika anda bercuti di Jepun, jangan lupa kemas meja makan anda sendiri ya!
7. Etika di tandas
Tandas di Jepun adalah antara tandas yang paling bersih di dunia. Macam boleh tidur je kalau masuk tandas di sini. Jadi, gunakanlah ia sebaiknya.
Itulah tadi antara 7 etika yang anda harus tahu sebelum bercuti di Jepun. Sebenarnya banyak lagi etika dan budaya yang dilihat cantik dan sopan yang perlu anda tahu jika anda hendak bercuti di Jepun termasuklah cara mereka menaiki kenderaan awam, cara membawa kenderaan dan banyak lagi.
Apapun, belajarlah sedikit sebanyak tentang sesebuah tempat itu sebelum anda pergi terutamanya jika hendak bercuti diluar negara supaya anda tidak kekok berada ditempat orang. Selamat bercuti!
0 komentar:
Post a Comment