Kecoh! Foto Alat Sulit Siapa Dikongsi Zul Ariffin?


Zul Ariffin

BAHARU sahaja dihimpit kontroversi putus cinta dengan Zahirah MacWilson awal minggu lalu, heboh pula tentang foto lucah kononnya dimuat naik pelakon sensasi Zul Ariffin di Instagramnya pada malam Jumaat.

Rata-rata netizen terkejut dan tidak percaya perkara memalukan itu dilakukan oleh aktor J Revolusi tersebut.

Foto tersebar di internet yang terpaksa pihak kami kaburkan.

Foto alat sulit lelaki itu dimuat naik kira-kira pukul 8 malam dan dipadam dua minit kemudian, namun ia telah tersebar dan menjadi topik perbincangan warga Twitter.

Imej berkenaan memperlihatkan tangan seorang lelaki memegang kemaluan dengan menampakkan separuh badan.

Sementara itu, kelab peminat rasminya Zul Ariffin FC memuat naik kenyataan bahawa akaun IG pelakon itu telah digodam individu tidak bertanggung jawab.

“Hai, akaun bos (Zul) telah digodam awal malam tadi. Dia sudah membuang foto berkenaan dan semuanya dalam kawalan.

Kenyataan daripada kelab peminat Zul Ariffin FC.

“Kami memohon maaf sekiranya mana-mana foto telah menyinggung perasaan anda. Zul akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelakkannya perkara ini daripada berlaku lagi,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon tersebut masih belum menjelaskan perkara berkenaan.

Sebelum ini Zul secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan Zahirah putus selepas dia kecewa sikap wanita itu kerana tidak menghormati jenazah ibunya Allahyarham Robiah Nasir yang meninggal dunia pada 5 Disember 2017.

Zahirah dikatakan melakukan swafoto berdekatan jenazah Allahyarham yang menimbulkan rasa kurang senang Zul.

Selepas kenyataan itu Zahirah tampil membuat penafian sementara ayah wanita tersebut, Zainol pula mendedahkan sikap Zul yang dikatakan tidak menghormatinya. - mstar
Read More »

[Ngeri] 12 Jarum Dikeluarkan Dari Badan Bayi


Di China memang tidak habis-habis kes peliknya di mana pada awal tahun 2014 seorang wanita bertindak kejam dengan memotong tellinga anak saudaranya.


Dan kali ini pulak lagi kejam dimana ibu saudara kepada bayi 11 bulan itu telah mencucuk jarum sebesar dan sepanjang jarum menjahit kain ke seluruh tubuh bayi itu dan menyebabkan hati, buah pinggang dan organ lain bayi itu tercedera.

Namun dengan kuasa Tuhan, bayi malang tersebut masih terselamat dan di rawat di wad icu. Sebanyak 12 jarum telah dijumpai di dalam tubuh bayi itu! Sanggupkah anda berbuat demikian?

Menurut sumber lagi, wanita itu dikatakan telah membunuh dirinya sendiri dengan meminum racun selepas menyiksa bayi itu dengan mencucuk 12 jarum ke dalam badan bayi tersebut.

Lihat gambar-gambar yang sempat admin kongsikan di bawah.buat apa ngeri dan kejamnya wanita itu terhadap bayi yang baru 11 bulan umurnya.. - myinfo4u





Read More »

Penat Jadi Pramugari, Wanita Tukar Jadi Pelakon Lucah



UBAH… Seorang pramugari British Airways telah meletak jawatan untuk menjadi bintang filem lucah menerusi webcam, kerana kerjaya baharu itu kurang tekanan.

Laura Birbeck, 27, bekerja dengan syarikat penerbangan kebangsaan tersebut selama dua tahun namun katanya kehidupan sebagai pramugari amat memenatkan dan membuatkannya sakit.

Dia kini melakukan webcam menerusi satu saluran TV di mana penonton boleh berbual dan melihatnya melakukan persembahan bogel secara langsung.

“Secara jujur kehidupan kru kabin adalah menakjubkan cuma ada sesetengah orang yang tidak sesuai dengan pekerjaan berkenaan. Saya sangat penat dan sakit tapi kini saya gembira kerana berada dalam industri yang saya suka ini,” katanya.

Dia sebelum ini berkhidmat dalam penerbangan jarak jauh.

Dalam pada itu, rakan-rakannya memberitahu bahawa Laura memang bersikap terbuka terhadap apa yang dilakukannya itu dan dia sukakan perhatian.

“Dia selalu memuatnaik mengenainya dalam media sosial jadi ia bukan lagi rahsia,” kata kawannya. – MYNEWESHUB
Read More »

Hukum Sambutan HARI IBU. Ini JAWAPAN Dr Maza Yang Buat Ramai Ustaz Terpaksa SETUJU !!!


Ramai yang bergaduh di laman sosial tentang hukum sambutan Hari Ibu. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Yang kata HARAM tu pulak dia punya hujah samar-samar. Rentetan kemelut yang tak berkesudahan ini, Dr Maza, Mufti Perlis terpanggil untuk menjawab permasalahan rakyat Malaysia ni.


Berikut jawapan dari isu hukum sambutan Hari Ibu.

Ramai bertanya pasal sambutan Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Kemerdekaan dan seumpamanya. Apa pandangan?

Ringkasnya saya ingin jelaskan, bahawa agama sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Wahyu agama sudah terputus dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa pun yang boleh menokok tambah agama ini. Akidah dan ibadah khususiah tidak berubah dari teks asal yang dinaskan.

Adapun urusan kehidupan dunia, seperti pembinaan bangunan, cara urus tadbir kehidupan, hiburan dan aktiviti sosial antara manusia kesemuanya dibolehkan asalkan tidak menyanggahi nas agama yang jelas.

Maka, bentuk tarian, gaya pakaian ataupun upacara sambutan hari sekolah, kebangsaan, ibu, guru, pekerja dan seumpamanya selagi tidak dianggap sebagai upacara keagamaan tetapi sekadar aktiviti sosial antara manusia, maka ia termasuk dalam keumuman perkara yang DIBOLEHKAN. Namun, jika diiringi dengan kepercayaan tertentu yang membabitkan unsur agama, maka ia DILARANG.

Demikian jika diiringi dengan aktiviti yang jelas menyanggahi agama seperti arak, judi dan seumpamanya maka aktiviti itu haram.


Kredit : sayaluvislam
Read More »

Ahli Perniagaan Pantai Timur Beri Nelydia Senrose Cincin Itu


Nelydia Senrose sebelum ini pernah bercinta dengan Qi Razali.

SHAH ALAM: Pelakon Nelydia Senrose mengakui foto cincin yang dimuat naik di laman sosial miliknya baru-baru ini adalah pemberian kekasih baharunya.

Bagaimanapun, Nelydia menafikan, dia sudah dirisik atau bertunang dengan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz itu.

“Cincin itu pemberian seseorang tapi saya belum dirisik atau bertunang lagi.

“Saya dan dia masih dalam fasa berkenalan, hubungan kami masih baru tapi sudah tentu saya mengharapkan pengakhiran yang baik,” ujarnya.

Adik kepada Uqasha Senrose ini ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Starvilion di Royale Palace, di sini, Khamis.


Nelydia sebelum ini berkongsi foto cincin dan memuat naik kapsyen mengambarkan kini sedang melalui fasa bahagia.

Sementara itu, mengulas tentang lelaki berkenaan, Nelydia berkata, dia mengenali Hafiz menerusi seorang rakan.

“Kami berkenalan baru beberapa bulan daripada rakan-rakan tapi bukan Jejai (bekas suami Fasha Sandha) yang kenalkan.

“Sebagai wanita saya sudah bersedia untuk berkahwin kerana saya bukan seorang yang main-main dalam sebuah hubungan. Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya status lelaki berkenaan yang didakwa bergelar jutawan, Nelydia berkata dia tidak tahu tentang perkara itu.

Katanya, Hafiz merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur.

“Dia jutawan atau tidak saya tidak tahu kerana saya tidak pernah cek akaun bank dia. Dia seorang ahli perniagaan yang dibesarkan di Kuala Lumpur,” ujarnya. - mstar
Read More »

Gambar Wujudnya Ikan Keli Gergasi



Perkongsian menarik kali ini yang mungkin kita tidak pernah melihat ikan keli sebesar ini. Jika di Malaysia biasanya ikan keli yang kita makan kecil sahaja. Namun dalam gambar yang bakal admin kongsikan ini mungkin kita berfikir 2 kali sebelum menjamu selera dengan ikan keli sebesar ini.

Menurut sumber yang admin perolehi ikan keli yang ditangkap ini beratnya 40 kg ke atas jadi semoga ianya bermanfaat untuk perkongsian kali ini jangan lupa klik like jika anda masih belum like lagi untuk menerima pelbagai informasi menarik. Dan jangan lupa sharekan gambar-gambar dibawah melalui button share yang disediakan. - puteraizman











Read More »

Mengapa Mamalia Laut Seperti Paus Bersaiz Besar?



LAUT biru yang terbentang luas pastinya tersingkap segala macam spesis hidupan air dengan mempunyai keunikan tersendiri termasuk hidupan mamalia yang hidup di dalam air.

Adakah anda mengetahui mengapa mamalia di laut seperti paus, ikan lumba-lumba, anjing laut, singa laut dan dugong memiliki tubuh yang besar?

Menurut ahli biologi evolusi dari Universiti Reading di England, Chris Venditti, saiz badan haiwan adalah satu perkara penting untuk dipelajari.

“Jika anda ingin mengetahui sesuatu dari haiwan, anda harus mengukur tubuhnya kerana ia akan mempengaruhi haiwan lain.

“Apabila anda tahu betapa besarnya haiwan itu, kemungkinan anda akan mengetahui perihal haiwan tersebut seperti bagaimana ia bergerak dan bagaimana sistem metabolisme,” kata Venditti.


Lapor National Geographic Indonesia, mamalia laut bersaiz lebih besar berbanding jenis ikan adalah di sebabkan kemampuan daya mengapung di atas air membebaskan mereka daripada tekanan graviti.

Di samping itu, persaingan dalam mencari makanan di laut juga dianggap sebagai faktor yang dapat meningkatkan saiz mamalia ini.



Namun, penyataan yang lebih tepat mengapa mamalia laut bersaiz besar adalah kerana haba badan diperlukan untuk mamalia tersebut agar ia dapat bertahan untuk kekal hidup.

“Mamalia laut harus ada berat badan dengan makanan yang cukup untuk hasil haba pada badannya yang digunakan demi kelangsungan hidup,” kata ahli ekologi dari Universiti Stanford yang juga ketua penyelidik, William Gearty.


Bagi mengetahui lebih lanjut, Gearty dan kumpulannya telah membuat satu siri model komputer untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi saiz haiwan berdarah panas tersebut.

Hasil analisis tersebut menunjukkan, hidupan mamalia laut mengalami pembesaran dengan lebih cepat hingga mampu mencapai berat sebanyak 500 kilogram.

Faktor air laut yang merupakan konduktor membantu mencepatkan proses penghasilan haba berbanding udara bagi mamalia laut ini untuk cepat membesar. – MYNEWSHUB

Read More »

14 Senarai Barang Dalam Rumah Yang Kita Tidak Tahu Ada Tempoh Hayatnya



Sedar tak ada barang di dalam rumah kita yang tidak ditulis tarikh luput tetapi perlu ditukar apabila tiba masanya. Antaranya adalah:


1. Bantal


Luput Antara 2-3 Tahun. Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda. Walau mahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.


2. Selipar


Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus atau kulat. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak. Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.


3. Span Mandi


Luput dalam masa 2 minggu sahaja. Apabila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi. Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.


4. Tuala


Luput Antara 1-3 Tahun. Walaupun dibasuh tuala secara kerap, masalah bakteria tetap tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya.


5. Berus Gigi


Luput dalam masa 3 bulan sahaja. Ini mesti ramai yang buat kan? Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali. Jika anda batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang baru. Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi anda. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kembang dan kerinting.


6. Sikat Rambut


Luput dalam masa 1 tahun sahaja. Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.


7. Minyak Wangi


Luput Antara 3-4 Tahun. EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.


8. Puting Bayi


Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja. Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.


9. Kerusi Kereta Bayi


Luput antara 6-10 tahun. Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span. Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.


10. Penyembur Pembasmi Kuman


Luput dalam masa 3 bulan. Selepas 3 bulan, bahan ini sudah hilang fungsinya.


11. Penyembur A
nti Nyamuk


Bertahan hanya 2 tahun. Selepas 2 tahun, nyamuk menyanyi riang kerana bahan ini sudah tiada fungsinya.


12. Pemadam kebakaran


Luput dalam masa 15 Bulan. Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.


13. Penyambung Elektrik


Luput antara 1-2 Tahun


14. Power Soket


Luput dalam masa 4-5 Tahun. Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti. - ohmedia
Read More »

Tahukah Anda, Para Lelaki Bahawa Duduk Dengan Dompet Di Poket Belakang Boleh Menyebabkan Kecederaan Saraf Tulang? - Kajian




Mesti ramai lelaki yang gemar letak dompet dekat poket belakang dan apabila duduk pula, dompet tidak dikeluarkan. Tahu tak? tanpa kita sedar sebenarnya posisi duduk dengan poket yang diletakkan pada poket belakang mengundang bahaya.

Bahaya bagaimana pula tu?

Menurut perkongsian Publich Health Malaysia, tabiat ini akan menyebabkan saraf-saraf tulang belakang tercedera. Bayangkan seharian dipejabat dengan posisi kedudukan sedemikian? Jom baca fakta kesihatan dibawah, semoga selepas ini para lelaki alihkanlah dompet sebelum duduk ya!

Kenapa kita harus mengelakkan daripada meletakkan dompet/telefon di poket punggung sewaktu duduk?




Pernahkah anda berasa malas untuk mengeluarkan dompet daripada poket belakang? Golongan lelaki kebiasaanya akan meletakkan dompet di poket punggungnya. Dan dompetnya kebiasaan tebal sebab penuh dengan resit belanja dan kad-kad yang tebal. Tapi, tahukah anda jika anda duduk dengan dompet di poket, anda terdedah dengan pelbagai isu.

Dompet yang tebal selalu mengundang masalah punggung tidak rata apabila duduk. Ini akan menyebabkan tulang belakang kita terpaksa membengkok untuk menyeimbangkan badan supaya menjadi tegak semula pada kedudukan seimbang.

Namun, akibat daripada itu, otot-otot yang membantu menyokong tulang belakang anda terdedah kepada kecederaan akibat daripada stress yang dialami. Di samping itu, saraf-saraf tulang belakang juga boleh cedera akibat posisi yang tidak baik ini.




Memandu dengan dompet di belakang pada waktu yang singkat selama 30 minit juga terdedah kepada sakit belakang dan sakit skiatika. Apa lagi jika ianya dilakukan sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur ke rumah anda lebih-lebih lagi di waktu PRU yang mungkin kebanyakan lebuh raya sesak dan memanjangkan masa perjalanan anda.

Jika perkara ini berpanjangan, anda juga mungkin berisiko untuk mengalami sakit belakang yang kronik dan memerlukan rawatan seperti fisioterapi, pembedahan, atau perlu menggunakan ubat tahan sakit seumur hidup.

Jadi, langkah terbaik untuk mengelakan perkara ini berlaku adalah dengan mengeluarkan dompet di poket punggung setiap kali anda duduk dan letakkan di poket hadapan
Read More »